Komen pertama penulis adalah berkenaan 'RESTORAN BAWAH JAMBATAN' atau lebih dikenali dengan nama RBJ dikalangan pengunjung sekitar. Kira famous jugalah tempat ni. Ada banyak kedai kat bawah jambatan tu rupanya. Terkejut jugak penulis bila datang sendiri kat sana.
Masa mula-mula sampai dah terkezut den....
bersabung nyawa demi sesuap nasi....sesuaikah dengan ayat ni....??
Apa yang penulis nak laporkan kat sini bukannya untuk menutup periuk nasi diorang. Namun sebagai peringatan kepada semua demi keselamatan. Yela, makan kat bawah jambatan, adakah ianya selamat? Kereta, lori, bas dan pelbagai jenis kenderaan lagi sedang melalui diatasnya. Siapa yang jamin selamat? Harap pihak ADUAN RAKYAT boleh kesana untuk mencari penjelasan.
sememangnya memiliki pelanggan yang ramai....
Ianya di Jalan 5 (Jalan Chan Sow Lin) , berdekatan dengan beberapa pejabat kerajaan dan syarikat percetakan beberapa akhbar terkemuka. Penulis nak tahu jugalah, adakah premis-premis ni berlesen? Dan jika ianya takde lesen kenapa masih boleh pejamkan mata aje?
Cadangan penulis adalah pastikan premis ni benar-benar selamat atau tidak. Ini kerana ia sememangnya menjadi tumpuan orang ramai untuk menjamu selera. Ubahsuai keadaannya agar ia sesuai untuk berniaga. Pihak yang berkenaan boleh menjadikan premis ini satu tarikan yang baik jika di selenggara dengan betul. Penulis bukan nak nafikan mutu kedai yang sedia ada. Namun demi kepentingan orang ramai, kedai yang lebih selamat amatlah diperlukan.



